New Life cik misi

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^



Wehh!! lama gilaaaa aku tak jenguk kau Mr.Blog. beb sorry tau, masa tak mengizinkan and aku tak ada rasa kerajinan nak update. Sorry again beb. ihikkss ^_^. Tapi aku ade hadiah untuk kau.
Haaa apa dia? nak pujuk la tu.

Ofcourse aku nak pujuk ko dengan mengupdate blog ^_^. banyak story kot nak update, but yang ingat je la aku story ok?? ;)




************************************************

Alhamdulillah, finally i'm a Registered Nurse. Bersyukur sangat pada maha kuasa sebab bagi aku kejayaan. Walaupun banyak dugaan dan liku-liku kehidupan yang sukar aku lalui, tapi dengan adanya ALLAH, aku dapat harungi segala dugaan. *sebak* *_*


Sekejap je dah nak setahun begelar sebagai jururawat berdaftar. Kadang macam sentap la kan, bila kawan yang tanya "ohh baru abis study ke?" yang aku pun excited jawab "ya", dengan senyuman paling manis aku bagi kat dia, :)
then dia tanya lagi. "ohh ambik course apa?"
Aku pun jawab la lagi "jadi nurse je yang mampu" then respon dia "Ko nurse?" 'atas bawah dia tengok aku'
Yang haku pon pelik la, kau ni dah kenapa -dalam hati je la cakap camtu-

then dia kata "bukan kau dulu kelas ..........."
aku tanya balik," kelas apa?"
Dia kata " ngee tak de ape lah, ok la weh aku nak balik dulu"

Aku tak sempat nak cakap dia dah blaa dulu. Ye la weyhh aku tahu laa dulu aku ni kelas bawah je, SPM pon cukup2 makan. Tak macam kau, kelas tahap kelas orang pandai2 je. Then ko pandang rendah kat aku.

Now aku malas laa nak kisah bila orang kata macam tu. Sebab sahabat aku kata "TANIAH!! finally you are one of NURSES in MALAYSIA.Penat lelah kau semua dah terbalas, lepas ni aku sakit, senang nak jumpa ko." ihik bergurau pulak dia. ^_^

Aku tak mampu kata apa2 sebab Sahabat-sahabat yang nampak aku gagal, jatuh tersungkur then dia bagi semangat, then aku usaha untuk naik balik, its so hard yang aku buat and ofcourse aku appreciate pada diri aku. Sahabat yang ramai bagi support aku, thanks korang. LOVE YOU ALL so much. 
Yang ingat kan aku, supaya tak lupa diri, maintainkan humble, jaga patient's elok2. thanks korang.
and ofcourse my family yang tak pernah jatuhkan aku dan terus menerus support aku. Kekuatan aku hanya ALLAH,doa, family and sahabat :')

Untuk kawan yang pandang rendah kat aku. Semoga bahagia dengan kehidupan kau -kita kalau marah kene doa yang baik  :) hahahaha-


Now nak belanja gamba la kan, boring baca ko punya blog je. hoho











Yang membuat aku lagi terasa sebak and sedih bila bergambar dengan family but arwah ibu tak dapat nak tengok kejayaan yang capai sekarang. YaAllah sesungguhnya kau tempat kan arwah ibu dikalangan orang yang beriman. Jangan sedikit pon kau seksa ibu ku, aku mohon sangat. :'(. Doa untuk ibu tak pernah lekang dari mulut. -Al-Fatihah-

ok semua boleh lap air mata, termasuk aku. Kita boleh sambung story lagi lepas cerita convocation.
:')

Ok lepas dah abis study, mesti la busy cari kerja, yang aku 2 minggu sebelum abis exam aku pergi cari kerja dah haha, excited kau jemahh ^_^ 
Alhamdulillah Allah permudahkan. Pagi 16.6.2015untuk jawab exam Lembaga Jururawat Malaysia, nervous gilaaaa kot. Time dalam otak aku masa tu, macam ABC, macam-macam fikir. Bila habis tu, lega!!!!!!!!!!!!!
 but still berfikir, macam mana laa result nanti, tadi aku boleh buat or tak, but just ignore.Then  aku pack barang and balik selangor. Dari kelantan pukul berapa pun tak ingat dah, tapi aku sampai selangor 1 pagi dan esoknya 17.6.2015 aku start kerja. 
Memang tak ada rest lepas study. Letih, memang laa tapi tak kesah sebab Allah dah bagi rezeki jangan ditolak. kan?? :D


After dapat result LJM, and selesai convocation, ALLAH bagi lagi hadiah, bila mana
Institut Jantung Negara Call untuk tawarkan aku bekerja. Thanks sister yang interview i :D

and now !!!!
I'M a Registered Nurse at Coronary Care Unit (critical care nurse) in National Heart Institute. 






Alhamdulillah, thanks Allah, semoga kerja aku, pengorbanan aku untuk masyarakat mendapat ganjaran dari mu :)

Now bila dah kerja mula la nak trowback kenangan di kolej. Rindu weyhh. Ni pon cerita part sedih bila teringat sahabat perjuangan di kolej. Saja upload gamba yang penuh dengan makna. 


My nurses too :)


My instructor aerobic team.



Majlis Perwakilan Pelajar 






Lovely family in nursing course

ok tu saja entry kali ni. kalau update panjang-panjang pun bosan. hahaha


Thank you for reading. See you another entry  :)











Alhamdulillah

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^

huk huk huk, asal berhabuk sangat aku punya blog ni? Alahai kesiannya ada sawang-sawang kat sini hik hik. Mengada sangad kau :P



ok teruskan story berkaitan dengan title. Alhamdulillah, ya Alhamdulillah, aku dah habis study weyhhh. Tiga tahun pengajian dalam course Diploma in Nursing. Even baru habis diploma pon alhamdulillah sebab habis dengan jayanya tanpa repeat apa2. Alhamdulillah Allah bagi result setiap sem aku yang baik walaupun nampak macam aku kurang usaha kat situ tapi tetap bersyukur sebab Allah dah bagi yang terbaik. Thanks to Allah a lot hanya mampu bersyukur. 

Alhamdulillah, exam jururawat untuk dapat lesen jururawat yang berdaftar pun Allah bagi lulus dengan hanya sekali sahaja aku seat. Ko tau, tunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) debaran dia kalah nak tunggu result spm, susah tu ofcourse la sebab mana ada benda yang senang kat dunia ni kan. Berkat usaha,buat latihan, revision class, study group, yang paling penting berkat doa parents, saudara mara, lecturer and kawan aku. Thanks korang. thanks sangat. Moga Allah balas budi baik semua orang. Aku mengaku masa aku jawab exam 100 soalan tu macam nak keluar otak aku sebab confius, tapi Allah permudahkan dan lepas aku jawab aku redha sebab aku mampu usaha dan doa jer. The End Allah bg yg terbaik untuk aku. Alhamdulillah yaAllah. 







Now aku dah bergelar Registered Nurse! Kadang macam tak percaya dah jadi jururawat yang berdaftar. Aku masih rasa yang aku ni tak layak apa-apa lagi. Banyak lagi aku belum aku tahu, sebab ilmu Allah ni luas, so hopely aku akan teruskan mencari ilmu Allah :) . Nak wish congrats kat kawan-kawan yang dah abis study dengan jayanya. yeayyy !!! ^_^

Aku masih ingat masa aku dalam semester satu aku niat nak berhenti belajar, yaa berhenti sebab result semester satu sangat mengecewakan., sebab susah. Ye la Aku spm biasa-biasa je pon, masa form 4 and 5 course biasa, tiba-tiba kene masuk course science, tapi kalau orang tengok result spm aku tu, mesti kata "why so bad" ?? sedangkan aku bersyukur sebab mungkin ada yang lagi sedih sebab result spm dorang tak memuaskan. Dulu aku pikir, "ok, nak apply nursing sebab kerja nurse senang"
Bila dah sambung study, haaaaaaaaaaaaaa time tu hamek kau, kata senang kan, menangis kau belajar kan. Serius aku belajar sampai nangis sebab tak paham. Sampai aku cakap ' kenapa otak aku nih lembab sangat eah?? ' Stress sampai cakap otak aku cakap macam tu. Kesian otak aku, aku pegi cakap camtu. Tapi dengan kekuatan hati, memujuk diri dikala sedih <--------- cehh ayat -_-! aku teruskan. Makin lama aku rasa Alhamdulillah makin mudah aku belajar. Result makin baik sampai dapat pelajar cemerlang. Aku tidak pernah mintak aku nak jadi pelajar cemerlang, cukup sekadar lulus. Tapi tu laahh. Allah tu maha adil, maha pemurah aku minta dia tidak beri malah gantikan dengan lebih baik. Bersyukur bersyukur bersyukur tu lah yang sentiasa aku kena ingat. 

Pape pon, tawaran kerja sangat banyak aku dapat sampai terpaksa tolak. YaAllah rezeki sangat. Walaupun kini Nurse menjadi viral dengan title "nurse tukang cuci ber**" "cuci mun***" tapi aku kesah apa sebab apa yang aku belajar semua aku applykan dekat family aku if dorang sakit. Cuma aku kena banyak belajar lagi. Aku bersyukur walaupun Allah dah tetapkan aku nak jadi nurse dan mungkin Allah upgreadkan rezeki aku lagi kan, kita mana tau Allah merancang yang terbaik, satu ku pohon aku tidak lupa diri. Maklum la aku hanya manusia biasa. Aku mohon orang akan tegur aku bila aku mula sombong,angkuh,riak Aku hanya lah manusia biasa, ku ulangi aku hanya manusia biasa tidak punya apa-apa, semua Allah bagi aku pinjam sementara. 


Thanks for reading see you next entry. Asslamualaikum