Rindu Dia tika aku suka duka T_T

♥ Assalamualaikum ♥
^_^ see you again *_^

hai guyz.. apa macam hari ni? semua ok?

ALHAMDULILLAH yang ok :) yang tak ok or serabut macam aku jom ramai2 terjun dari tinggat 14

*err abaikan perbuatan yang mengundang dosa besar tuh! lollzz


Semalam kan kan kan? kiter kan kan kan? *_* makcik peliss la cakap jangan mcam budak gagap... juz straight the point k... hahaha.. giloss aku ni...hanya kerana tekanan dari ENTRY INI .... huh! abaikan kisah sedih semalam.. macam orang gila aku dibuatnya... TAPI belum gila lagi la~ hohoho...


Back to title! "Rindu Dia Tika Aku Suka Duka T_T " perghhhh.. entry sedih lagi....

*yang tak nak feeling dengan aku boleh tekan X dan ia akan CLOSE sendiri, terima kasih :))


yang nak join feeling aku, jom bace lagi.. ngeh ngeh ngeh....


Pejam celik, pejam celik sudah 4 tahun dia pergi meninggalkan aku dan adik-adik.. Rindu,sedih perasaan tu masih di dalam pelusuk hati ku yang kecil :')... umurnya masih muda, tapi ALLAH yang menyayanginya.. telah ambil dia daripada kami... dan kami hanya mampu redha dengan pemergian nya. *sory ayat aku tunggang tebalik sebab terlebih feeling :')


Yeah!! siapa yang Orang yang dimaksudkan itu? sungguh sayu ku mebaca :')

oh! dia is my mother yang sangat ku sayangi dan cintai... :'(


Siapa yang tahu aku kesunyian,?

Siapa yang tahu aku kurang kasih sayang dari dia?

Siapa yang tahu aku kesedihan,?

Siapa yang tahu aku mempunyai masalah?

Siapa yang tahu aku di duga?

Siapa yang tahu aku tidak dapat mendengar nasihat dari dia?


Aku sungguh sunyi SEMENJAK pemergian seorang IBU yang melahirkan aku. Arwah telah meninggalkan muka bumi semasa aku sedang menduduki peperiksaan besar PMR, ketika aku masih memerlukan dia, ketika bulan RAMADHAN dan sejurus hari LEBARAN. Sedih dan peritnya tiada siapa yang tahu melainkn ALLAH yang maha memahami.


Sebelum arwah pergi, tiba-tiba saja arwah pesan padaku jaga diri. Aku mula muskil kenapa tetiba sahaja arwah kata begitu sedangkan aku hanya mahu kesekolah.. Walau apa pun aku terus melangkah kesekolah dan hiraukan nasihat Arwah. Tiba2 petang yang mendung, aku mendapat khabar berita, yang ibuku sudah sakit tenat.

Aku mula berasa pelik kerana pagi itu Arwah masih sihat. YaALLAH hati aku mula tidak tenang. Aku bergegas ke hospital dan melihat arwah tidak sedarkan diri.


Selang beberapa hari Arwah di masukkan ke ICU.. "YaALLAH.,kenapa dengan mak aku? kenapa sampai teruk macam ni? " dalam hati aku hanya mampu berdoa dan doa :(. pada suatu malam aku tidur dengan gelisah, aku hairan mengapa aku tak boleh tidur. tapi aku lelapkan mata saja...Selepas 10 hari Arwah di ICU dan 3 hari berpuasa AKHIRNYA tepat jam 11.45pm, 3 september 2008 bersamaan 3 RAMADHAN T_T arwah tinggalkan kami :'((( YaALLAH beratnya dugaan ini. Engkau kuatkan la aku... tetapi Selepas aku tahu, ibu ku sudah tiada.. aku tidak menangis langsung kerana aku terlalu terkejut....


Rela atau tidak aku tetap kena redha dengan pemergian Arwah :'(. Semasa pengebumian aku nangis tanpa henti, aku pandang ke arah adik2 ku yang masih kecil :'( aku anak sulung daripada lima beradik. Kalian boleh fikir, bila aku masih muda dan remaja yang berusia 15 tahun..tidak tahu nak uruskan keluarga..dengan sempurna, sebagaimana arwah menguruskan kami.


Tapi dengan kekuatan diri Alhamdulillah aku berjaya dan dapat membantu adik2 dalam pembelajaran... Sesungguh nya rakan2 yang saya hormati, hargai ibu kalian sebelum dia meninggalkan kita buat selama-lamanya, bila ibu kita tiada, tiada siapa yang akan memahami perangai,atau segalanya tentang kita. Bila kita dalam kesusahan macam mana pun, ibu tetap berada disi kita :).


Dan aku yang sudah kehilangan BONDA tercinta, hanya mampu berdoa, dan terus berdoa :). Kadang2 lihat orang lain bermanja2 dengan mak dia, hati kecil ku cemburu.. dan aku akan terus teringat pada arwah ibu ku yang masih muda,. Ya.. mati tidak mengenal usia muda atau tua. :( aku masih teringat semasa aku pergi KEM sekolah, sepanjang perjalanan aku mesej arwah. Macam rakan sebaya. Memang aku rapat dengan Arwah.. Dia lah kawan aku, dialah tempat aku mengadu, tika sakit, sedih atau gembira.. *sambil mengesat air mata... Sekarang macam2 aku di duga, aku difitnah, aku dimaki... tapi hanya ALLAH saja yang tahu :')




*SEMOGA senyuman yang penuh makna ini :) akan kekal di dalam situasi apa pun. doa kan saya semoga, dapat tempuhi dugaan dengan tenang.. amin :)

No comments: