Alhamdulillah

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^

huk huk huk, asal berhabuk sangat aku punya blog ni? Alahai kesiannya ada sawang-sawang kat sini hik hik. Mengada sangad kau :P



ok teruskan story berkaitan dengan title. Alhamdulillah, ya Alhamdulillah, aku dah habis study weyhhh. Tiga tahun pengajian dalam course Diploma in Nursing. Even baru habis diploma pon alhamdulillah sebab habis dengan jayanya tanpa repeat apa2. Alhamdulillah Allah bagi result setiap sem aku yang baik walaupun nampak macam aku kurang usaha kat situ tapi tetap bersyukur sebab Allah dah bagi yang terbaik. Thanks to Allah a lot hanya mampu bersyukur. 

Alhamdulillah, exam jururawat untuk dapat lesen jururawat yang berdaftar pun Allah bagi lulus dengan hanya sekali sahaja aku seat. Ko tau, tunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) debaran dia kalah nak tunggu result spm, susah tu ofcourse la sebab mana ada benda yang senang kat dunia ni kan. Berkat usaha,buat latihan, revision class, study group, yang paling penting berkat doa parents, saudara mara, lecturer and kawan aku. Thanks korang. thanks sangat. Moga Allah balas budi baik semua orang. Aku mengaku masa aku jawab exam 100 soalan tu macam nak keluar otak aku sebab confius, tapi Allah permudahkan dan lepas aku jawab aku redha sebab aku mampu usaha dan doa jer. The End Allah bg yg terbaik untuk aku. Alhamdulillah yaAllah. 







Now aku dah bergelar Registered Nurse! Kadang macam tak percaya dah jadi jururawat yang berdaftar. Aku masih rasa yang aku ni tak layak apa-apa lagi. Banyak lagi aku belum aku tahu, sebab ilmu Allah ni luas, so hopely aku akan teruskan mencari ilmu Allah :) . Nak wish congrats kat kawan-kawan yang dah abis study dengan jayanya. yeayyy !!! ^_^

Aku masih ingat masa aku dalam semester satu aku niat nak berhenti belajar, yaa berhenti sebab result semester satu sangat mengecewakan., sebab susah. Ye la Aku spm biasa-biasa je pon, masa form 4 and 5 course biasa, tiba-tiba kene masuk course science, tapi kalau orang tengok result spm aku tu, mesti kata "why so bad" ?? sedangkan aku bersyukur sebab mungkin ada yang lagi sedih sebab result spm dorang tak memuaskan. Dulu aku pikir, "ok, nak apply nursing sebab kerja nurse senang"
Bila dah sambung study, haaaaaaaaaaaaaa time tu hamek kau, kata senang kan, menangis kau belajar kan. Serius aku belajar sampai nangis sebab tak paham. Sampai aku cakap ' kenapa otak aku nih lembab sangat eah?? ' Stress sampai cakap otak aku cakap macam tu. Kesian otak aku, aku pegi cakap camtu. Tapi dengan kekuatan hati, memujuk diri dikala sedih <--------- cehh ayat -_-! aku teruskan. Makin lama aku rasa Alhamdulillah makin mudah aku belajar. Result makin baik sampai dapat pelajar cemerlang. Aku tidak pernah mintak aku nak jadi pelajar cemerlang, cukup sekadar lulus. Tapi tu laahh. Allah tu maha adil, maha pemurah aku minta dia tidak beri malah gantikan dengan lebih baik. Bersyukur bersyukur bersyukur tu lah yang sentiasa aku kena ingat. 

Pape pon, tawaran kerja sangat banyak aku dapat sampai terpaksa tolak. YaAllah rezeki sangat. Walaupun kini Nurse menjadi viral dengan title "nurse tukang cuci ber**" "cuci mun***" tapi aku kesah apa sebab apa yang aku belajar semua aku applykan dekat family aku if dorang sakit. Cuma aku kena banyak belajar lagi. Aku bersyukur walaupun Allah dah tetapkan aku nak jadi nurse dan mungkin Allah upgreadkan rezeki aku lagi kan, kita mana tau Allah merancang yang terbaik, satu ku pohon aku tidak lupa diri. Maklum la aku hanya manusia biasa. Aku mohon orang akan tegur aku bila aku mula sombong,angkuh,riak Aku hanya lah manusia biasa, ku ulangi aku hanya manusia biasa tidak punya apa-apa, semua Allah bagi aku pinjam sementara. 


Thanks for reading see you next entry. Asslamualaikum 


O.K or K.O?? Part 2

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^


alahai, part 1 dah berkurun lama update then baru nak hapdate yang ke 2? haiyaa kau dah kenapa mak jemah lambat sangat hapdate entrynya?

Halo halo sorry, aku tak cukup kaki dan tangan untuk menaip *haha choii sangat ayat tuh. Actually sekarang dah busy dengan kerja, i mean habis kan practical selama 4 bulan untuk menunggu saat2 yang akan tiba iaitu PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA. Takut sangat kalau baca yang caps lock sebab betul2 macam lembaga, YaAllah moga soalan senang dan mohon kami dipermudahkan untuk menjawab. 

****************************************************

kita sambung je la entry yang terperap kat draft nih.



Lihat saja gambar dibawah, kerana akan mencerita kan segalanya. ^_^ ayat nak gempak je kan kau nih ngeeee :D









Disini saat aku bergelar Majlis Perwakilan Pelajar dan Fasilitator. Aku menjadi boleh sebab aku diberikan kekuatan dari Allah, dan sampingan menjadi boleh sebab ada ahli jawatan kuasa Majlis Perwakilan Pelajar yang saling membantu. Walaupun dulunya kami macam ghimauu. Kerja nak gaduh sebab tak persefahaman. Alhamdulillah dah nak habis baru boleh masuk satu kepala. 

************

Next, Hari tu aku ade join jadi volunteer untuk IM4U, Alhamdulillah, banyak Allah izinkan aku jadi volunter person, :)
Then apa yang aku dapat adalah dibawah nih masa Dj thr gegar fm meriahkan suasana.



Ketiga-tiga di atas adalah sangat berharga sebab, kalender memang sangat penting untuk aku supaya aku senang nak ingat apa yang perlu di attend. Then aku adalah penggemar bihun dan bukan nasi. Sangat lah aku tak berapa suka nasi. Kalau sehari kau hidangkan aku bihun pun dah cukup. Seriously, ^_^ 














of course seronok sebab sangat lah lah lah lah dapat macam2 pengalaman kan.
  'pengalaman tidak akan dapat jika kita tidak lalui sendiri'
Letih gelak sangat kat sini sebab Dj buli aku, dia suh aku buat iklan kalau nak bihun free. Hamboiii dengan selumber aku buat iklan dengan ayat entah apa-apa then semua orang gelak. Hahaha ada aku kesah? yang penting bihun free aku dapat keh keh keh -rezeki jangan ditolak oiii- ^_^

*************************

Kem Outreach Majlis Perwakilan pelajar. Bertempat di KPTM bangi.
Bulan yang sama kita sambung dengan Meeting besar bersama Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Se-Malaysia. Masa pergi sini seriously aku sangat tak percaya sebab bukan calang-calang orang nak jadi MPP. Aku dapat sebab rezeki. Serious allah selalu permudahkan rzeki aku Alhamdulillah.




sesi mempertahan hak, *ada lagi nak yangmembantah?(angkat muka)

*aku tau blazer aku besar, so jangan tegur.  ;P



Ouhh lepas, kita dah penat membincangkan masalah pelajar, dan soalan yang ditujukan sangat tajam macam pisau oleh pihak ahli jawatankuasa tertinggi KPTM. Tapi Pengerusi KPTM wokey jer, sebab beliau sangat sangat menggalakkan kami dan pelajar untuk explore or buat pembaharuan. So pelajar sangat beruntung sebab kalau you all ada idea baru, patut boleh la menyuarakan melalui MPP, Untuk MPP KPTM Kota Bharu korang jangan samakan kami dengan yang lain sebab kami sangat mementingkn suara pelajar bukan jawatan semata-mata. Sebab aku cakap macam nih, orang kata nak popular. Padahal kau tak tau, aku blurr masuk MPP then tak tau nak buat apa. Then tambah stress, banyak keje, banyak kene tinggal macam-macam demi pelajar tau haaaaaa *mata jeling 

Ayat macam bagus kan,tapi kami belajar semua benda baru then sikit-sikit baru la faham. Bila dah jadi mantan memang nak jadi lagi. Tapi malangnya kau boleh jadi kalau kau extend sem kah kah kah *tak klako pong :P

**************************************

Rasa sampai sini untuk penamat O.K or K.O sebab aku dah tak ada idea and nak pergi koje. bye. Assalamualaikum.