Girlfriends skating

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^

Alahai dah lama meninggal kan cuti sem, konon nak rajin kan menaip tapi memandang idea dah kering so terpaksa la postpone hik hik.

Sekian lama juga, tak bercuti dengan kawan-kawan. Selalu duk terperap kat umah sebab menikmati cuti... Ouchhh kesian. Nak buat macam mana kalau cuti sem sangat-sangat selalu mencemburui diriku.. ohhh tidak *ayat nak gedik je kau kan ahak. ;)

So masa cuti sem, aku telah membawa diri ku and my girlfriends yang otak sangat gila-gila haha dekat ice skating. Memang sangat-sangat teruja bila lama tak pegi. Rasa tak nak balik kau.... huk huk huk. But kene la balik sebab tempat tu bukan aku yang punya,kah kah kah. 



Continue story, sorry terpaksa taip lelaju sebab nak kejar masa. Masa berlari sangat pantas ouchhhh tunggu aku wahai masa... ;). First aku membawa diri seorang diri di Shah Alam Station Komuter. Walau pun sanggup pergi sorang-sorang demi nak jumpa ice skating, hahaha. Time tu dalam hati berkata,*lamanya tak naik komuter, kesiannya laa kat aku ni. Nasib baik la aku tau nak turun kat mana sebab saadiah bagi tau, kalau tak meraung la sorang-sorang kat dalam tuh.

Bila dah sampai kat Subang Jaya Station Komuter,i call la my girlfriend si saadiah untuk mengambil aku kat station komuter ni ha. Bila saadiah dah sampai, kami bergegas mencari bas untuk ke sunway. Seriously terasa macam omputih sebab trip naik public transport. Time tu macam jakun laa pulak sebab everything buat macam ni, lama aku tinggalkan selepas continue study. 

Ok!! Dah sampai Sunway Pyramid, yuhuuu.. kita cari makanan dulu sebab kat rumah sempat minum susu je. So saadiah suggest kan kedai yang sangat mengenyangkan dan pinggan sangat dipenuhi dengan ayam dan nasi. Ohh My,you ingat i tak makan setahun ke? hoho. Seriously dia punya nasi banyak sangat sangat dan sangat *k nampak kan sangat nya tu. Tak pe la bukan selalu makan banyak sangat sangat dan sangat ;) hahaha. Sambil tu kami tunggu la girlfriend lagi sorang ni si nunu. Alahai dia pegi hospital dulu. So tak apa la..kami dengan hati girang sebab tak sabar,then just bergegas  ke ice skating lalalalalala......*muke slumber.

*i'm try the best lalalala

Ok dah beli tiket then masuk untuk ukur kaki pulak for the shoes. Bila siap-siap dah pakai kasut then nak pegi masuk tempat ice tu tetiba..........................................................................................................


Ehhh macam kenal jer orang tuh. ohhhhh i see, my friends sekolah menengah dulu. YaALLAH, jodoh kami dipertemukan kat sini. Seriously seronok dapat jumpa balik. Jumpa pun dekat tempat yang menyeronokkkan. Then dapat bual even sekejap sebab kaki nak berlari dekat ice tuh.. hahaha


Masa masuk nih, hati takut tapi nak try jugak jalan even licin sangat. *memang la licin kata atas ais, kau ni pun.. 
Mula-mula jalan-jalan kat tepi jer, sampai orang suruh bergambar kat tengah pun aku dah menjerit sebab takut jatuh but saadiah tak takut pun jalan kat tengah. so dalam hati aku berkata lagi *tak kan datang sini semata-mata nak main kat tepi dinding jer.puhhhhhhhhh,orang lain semua terbang kat tengah-tengah sampai langgar aku. errr sabo je la kan.

and finally aku dapat jalan ketengah tanpa bantuan dinding.. yeahhhh hehehe boleh terbang-terbang juga. hihihi and dapat la langgar siapa yang langgar aku tadi. hahahaha *gelak jahat. MUla-mula bukan tak nak ketengah tapi aku masuk jer tempat ice tu, tup tup ade orang jatuh tergolek and terhantuk kat ais. Wuuuuuuu menggerunkan tau tak?. tapi kalau tak jatuh, kita tak akan belajar kesilapan yang kita lakukan yang menyebabkan jatuh.

Alhamdulillah aku tak try untuk cecahkan punggung ku di atas ice.. yahuuuu... *muka bangga hahaha
Lepas dah satu round kami terbang *k baru satu nak kecoh haha sebab dah letih tau?, nunu baru pun baru sampai.. haha kesian. Tak pe kita terbang lagi atas ice ni.

Ohhh lupa nak bagi tau, masuk hanya sekali tapi suka hati korang nak duduk dalam tu smpai bila. Korang nak duduk sampai tutup pun boleh.. ngeh ngeh ngeh.


After dah penat terbang-terbang *ayat nak power je kau kan ;), kami pun bergerak la cari mknan untuk tengahari. Makan tengahari di temani Sunway Lagoon. Seronoknya tengok orang swimming-swimming.. hehehe. InsyaALLAH next time nak swimming-swimming gak.. Lalalala




in memory :') 

No comments: