New Life cik misi

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^



Wehh!! lama gilaaaa aku tak jenguk kau Mr.Blog. beb sorry tau, masa tak mengizinkan and aku tak ada rasa kerajinan nak update. Sorry again beb. ihikkss ^_^. Tapi aku ade hadiah untuk kau.
Haaa apa dia? nak pujuk la tu.

Ofcourse aku nak pujuk ko dengan mengupdate blog ^_^. banyak story kot nak update, but yang ingat je la aku story ok?? ;)




************************************************

Alhamdulillah, finally i'm a Registered Nurse. Bersyukur sangat pada maha kuasa sebab bagi aku kejayaan. Walaupun banyak dugaan dan liku-liku kehidupan yang sukar aku lalui, tapi dengan adanya ALLAH, aku dapat harungi segala dugaan. *sebak* *_*


Sekejap je dah nak setahun begelar sebagai jururawat berdaftar. Kadang macam sentap la kan, bila kawan yang tanya "ohh baru abis study ke?" yang aku pun excited jawab "ya", dengan senyuman paling manis aku bagi kat dia, :)
then dia tanya lagi. "ohh ambik course apa?"
Aku pun jawab la lagi "jadi nurse je yang mampu" then respon dia "Ko nurse?" 'atas bawah dia tengok aku'
Yang haku pon pelik la, kau ni dah kenapa -dalam hati je la cakap camtu-

then dia kata "bukan kau dulu kelas ..........."
aku tanya balik," kelas apa?"
Dia kata " ngee tak de ape lah, ok la weh aku nak balik dulu"

Aku tak sempat nak cakap dia dah blaa dulu. Ye la weyhh aku tahu laa dulu aku ni kelas bawah je, SPM pon cukup2 makan. Tak macam kau, kelas tahap kelas orang pandai2 je. Then ko pandang rendah kat aku.

Now aku malas laa nak kisah bila orang kata macam tu. Sebab sahabat aku kata "TANIAH!! finally you are one of NURSES in MALAYSIA.Penat lelah kau semua dah terbalas, lepas ni aku sakit, senang nak jumpa ko." ihik bergurau pulak dia. ^_^

Aku tak mampu kata apa2 sebab Sahabat-sahabat yang nampak aku gagal, jatuh tersungkur then dia bagi semangat, then aku usaha untuk naik balik, its so hard yang aku buat and ofcourse aku appreciate pada diri aku. Sahabat yang ramai bagi support aku, thanks korang. LOVE YOU ALL so much. 
Yang ingat kan aku, supaya tak lupa diri, maintainkan humble, jaga patient's elok2. thanks korang.
and ofcourse my family yang tak pernah jatuhkan aku dan terus menerus support aku. Kekuatan aku hanya ALLAH,doa, family and sahabat :')

Untuk kawan yang pandang rendah kat aku. Semoga bahagia dengan kehidupan kau -kita kalau marah kene doa yang baik  :) hahahaha-


Now nak belanja gamba la kan, boring baca ko punya blog je. hoho











Yang membuat aku lagi terasa sebak and sedih bila bergambar dengan family but arwah ibu tak dapat nak tengok kejayaan yang capai sekarang. YaAllah sesungguhnya kau tempat kan arwah ibu dikalangan orang yang beriman. Jangan sedikit pon kau seksa ibu ku, aku mohon sangat. :'(. Doa untuk ibu tak pernah lekang dari mulut. -Al-Fatihah-

ok semua boleh lap air mata, termasuk aku. Kita boleh sambung story lagi lepas cerita convocation.
:')

Ok lepas dah abis study, mesti la busy cari kerja, yang aku 2 minggu sebelum abis exam aku pergi cari kerja dah haha, excited kau jemahh ^_^ 
Alhamdulillah Allah permudahkan. Pagi 16.6.2015untuk jawab exam Lembaga Jururawat Malaysia, nervous gilaaaa kot. Time dalam otak aku masa tu, macam ABC, macam-macam fikir. Bila habis tu, lega!!!!!!!!!!!!!
 but still berfikir, macam mana laa result nanti, tadi aku boleh buat or tak, but just ignore.Then  aku pack barang and balik selangor. Dari kelantan pukul berapa pun tak ingat dah, tapi aku sampai selangor 1 pagi dan esoknya 17.6.2015 aku start kerja. 
Memang tak ada rest lepas study. Letih, memang laa tapi tak kesah sebab Allah dah bagi rezeki jangan ditolak. kan?? :D


After dapat result LJM, and selesai convocation, ALLAH bagi lagi hadiah, bila mana
Institut Jantung Negara Call untuk tawarkan aku bekerja. Thanks sister yang interview i :D

and now !!!!
I'M a Registered Nurse at Coronary Care Unit (critical care nurse) in National Heart Institute. 






Alhamdulillah, thanks Allah, semoga kerja aku, pengorbanan aku untuk masyarakat mendapat ganjaran dari mu :)

Now bila dah kerja mula la nak trowback kenangan di kolej. Rindu weyhh. Ni pon cerita part sedih bila teringat sahabat perjuangan di kolej. Saja upload gamba yang penuh dengan makna. 


My nurses too :)


My instructor aerobic team.



Majlis Perwakilan Pelajar 






Lovely family in nursing course

ok tu saja entry kali ni. kalau update panjang-panjang pun bosan. hahaha


Thank you for reading. See you another entry  :)











Alhamdulillah

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^

huk huk huk, asal berhabuk sangat aku punya blog ni? Alahai kesiannya ada sawang-sawang kat sini hik hik. Mengada sangad kau :P



ok teruskan story berkaitan dengan title. Alhamdulillah, ya Alhamdulillah, aku dah habis study weyhhh. Tiga tahun pengajian dalam course Diploma in Nursing. Even baru habis diploma pon alhamdulillah sebab habis dengan jayanya tanpa repeat apa2. Alhamdulillah Allah bagi result setiap sem aku yang baik walaupun nampak macam aku kurang usaha kat situ tapi tetap bersyukur sebab Allah dah bagi yang terbaik. Thanks to Allah a lot hanya mampu bersyukur. 

Alhamdulillah, exam jururawat untuk dapat lesen jururawat yang berdaftar pun Allah bagi lulus dengan hanya sekali sahaja aku seat. Ko tau, tunggu result exam Lembaga Jururawat Malaysia (LJM) debaran dia kalah nak tunggu result spm, susah tu ofcourse la sebab mana ada benda yang senang kat dunia ni kan. Berkat usaha,buat latihan, revision class, study group, yang paling penting berkat doa parents, saudara mara, lecturer and kawan aku. Thanks korang. thanks sangat. Moga Allah balas budi baik semua orang. Aku mengaku masa aku jawab exam 100 soalan tu macam nak keluar otak aku sebab confius, tapi Allah permudahkan dan lepas aku jawab aku redha sebab aku mampu usaha dan doa jer. The End Allah bg yg terbaik untuk aku. Alhamdulillah yaAllah. 







Now aku dah bergelar Registered Nurse! Kadang macam tak percaya dah jadi jururawat yang berdaftar. Aku masih rasa yang aku ni tak layak apa-apa lagi. Banyak lagi aku belum aku tahu, sebab ilmu Allah ni luas, so hopely aku akan teruskan mencari ilmu Allah :) . Nak wish congrats kat kawan-kawan yang dah abis study dengan jayanya. yeayyy !!! ^_^

Aku masih ingat masa aku dalam semester satu aku niat nak berhenti belajar, yaa berhenti sebab result semester satu sangat mengecewakan., sebab susah. Ye la Aku spm biasa-biasa je pon, masa form 4 and 5 course biasa, tiba-tiba kene masuk course science, tapi kalau orang tengok result spm aku tu, mesti kata "why so bad" ?? sedangkan aku bersyukur sebab mungkin ada yang lagi sedih sebab result spm dorang tak memuaskan. Dulu aku pikir, "ok, nak apply nursing sebab kerja nurse senang"
Bila dah sambung study, haaaaaaaaaaaaaa time tu hamek kau, kata senang kan, menangis kau belajar kan. Serius aku belajar sampai nangis sebab tak paham. Sampai aku cakap ' kenapa otak aku nih lembab sangat eah?? ' Stress sampai cakap otak aku cakap macam tu. Kesian otak aku, aku pegi cakap camtu. Tapi dengan kekuatan hati, memujuk diri dikala sedih <--------- cehh ayat -_-! aku teruskan. Makin lama aku rasa Alhamdulillah makin mudah aku belajar. Result makin baik sampai dapat pelajar cemerlang. Aku tidak pernah mintak aku nak jadi pelajar cemerlang, cukup sekadar lulus. Tapi tu laahh. Allah tu maha adil, maha pemurah aku minta dia tidak beri malah gantikan dengan lebih baik. Bersyukur bersyukur bersyukur tu lah yang sentiasa aku kena ingat. 

Pape pon, tawaran kerja sangat banyak aku dapat sampai terpaksa tolak. YaAllah rezeki sangat. Walaupun kini Nurse menjadi viral dengan title "nurse tukang cuci ber**" "cuci mun***" tapi aku kesah apa sebab apa yang aku belajar semua aku applykan dekat family aku if dorang sakit. Cuma aku kena banyak belajar lagi. Aku bersyukur walaupun Allah dah tetapkan aku nak jadi nurse dan mungkin Allah upgreadkan rezeki aku lagi kan, kita mana tau Allah merancang yang terbaik, satu ku pohon aku tidak lupa diri. Maklum la aku hanya manusia biasa. Aku mohon orang akan tegur aku bila aku mula sombong,angkuh,riak Aku hanya lah manusia biasa, ku ulangi aku hanya manusia biasa tidak punya apa-apa, semua Allah bagi aku pinjam sementara. 


Thanks for reading see you next entry. Asslamualaikum 


O.K or K.O?? Part 2

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^


alahai, part 1 dah berkurun lama update then baru nak hapdate yang ke 2? haiyaa kau dah kenapa mak jemah lambat sangat hapdate entrynya?

Halo halo sorry, aku tak cukup kaki dan tangan untuk menaip *haha choii sangat ayat tuh. Actually sekarang dah busy dengan kerja, i mean habis kan practical selama 4 bulan untuk menunggu saat2 yang akan tiba iaitu PEPERIKSAAN LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA. Takut sangat kalau baca yang caps lock sebab betul2 macam lembaga, YaAllah moga soalan senang dan mohon kami dipermudahkan untuk menjawab. 

****************************************************

kita sambung je la entry yang terperap kat draft nih.



Lihat saja gambar dibawah, kerana akan mencerita kan segalanya. ^_^ ayat nak gempak je kan kau nih ngeeee :D









Disini saat aku bergelar Majlis Perwakilan Pelajar dan Fasilitator. Aku menjadi boleh sebab aku diberikan kekuatan dari Allah, dan sampingan menjadi boleh sebab ada ahli jawatan kuasa Majlis Perwakilan Pelajar yang saling membantu. Walaupun dulunya kami macam ghimauu. Kerja nak gaduh sebab tak persefahaman. Alhamdulillah dah nak habis baru boleh masuk satu kepala. 

************

Next, Hari tu aku ade join jadi volunteer untuk IM4U, Alhamdulillah, banyak Allah izinkan aku jadi volunter person, :)
Then apa yang aku dapat adalah dibawah nih masa Dj thr gegar fm meriahkan suasana.



Ketiga-tiga di atas adalah sangat berharga sebab, kalender memang sangat penting untuk aku supaya aku senang nak ingat apa yang perlu di attend. Then aku adalah penggemar bihun dan bukan nasi. Sangat lah aku tak berapa suka nasi. Kalau sehari kau hidangkan aku bihun pun dah cukup. Seriously, ^_^ 














of course seronok sebab sangat lah lah lah lah dapat macam2 pengalaman kan.
  'pengalaman tidak akan dapat jika kita tidak lalui sendiri'
Letih gelak sangat kat sini sebab Dj buli aku, dia suh aku buat iklan kalau nak bihun free. Hamboiii dengan selumber aku buat iklan dengan ayat entah apa-apa then semua orang gelak. Hahaha ada aku kesah? yang penting bihun free aku dapat keh keh keh -rezeki jangan ditolak oiii- ^_^

*************************

Kem Outreach Majlis Perwakilan pelajar. Bertempat di KPTM bangi.
Bulan yang sama kita sambung dengan Meeting besar bersama Majlis Perwakilan Pelajar KPTM Se-Malaysia. Masa pergi sini seriously aku sangat tak percaya sebab bukan calang-calang orang nak jadi MPP. Aku dapat sebab rezeki. Serious allah selalu permudahkan rzeki aku Alhamdulillah.




sesi mempertahan hak, *ada lagi nak yangmembantah?(angkat muka)

*aku tau blazer aku besar, so jangan tegur.  ;P



Ouhh lepas, kita dah penat membincangkan masalah pelajar, dan soalan yang ditujukan sangat tajam macam pisau oleh pihak ahli jawatankuasa tertinggi KPTM. Tapi Pengerusi KPTM wokey jer, sebab beliau sangat sangat menggalakkan kami dan pelajar untuk explore or buat pembaharuan. So pelajar sangat beruntung sebab kalau you all ada idea baru, patut boleh la menyuarakan melalui MPP, Untuk MPP KPTM Kota Bharu korang jangan samakan kami dengan yang lain sebab kami sangat mementingkn suara pelajar bukan jawatan semata-mata. Sebab aku cakap macam nih, orang kata nak popular. Padahal kau tak tau, aku blurr masuk MPP then tak tau nak buat apa. Then tambah stress, banyak keje, banyak kene tinggal macam-macam demi pelajar tau haaaaaa *mata jeling 

Ayat macam bagus kan,tapi kami belajar semua benda baru then sikit-sikit baru la faham. Bila dah jadi mantan memang nak jadi lagi. Tapi malangnya kau boleh jadi kalau kau extend sem kah kah kah *tak klako pong :P

**************************************

Rasa sampai sini untuk penamat O.K or K.O sebab aku dah tak ada idea and nak pergi koje. bye. Assalamualaikum.





O.K or K.O??? Part 1

♥ Assalamualaikum ♥ ^_^ see you again *_^



Sekian lama sering menyepi sehingga seperti bertahun-tahun tak update blog, macam nak delete dah blog ni. oh maii ohh maii Habis la semua kenangan dan diari di blog ni ye?  Ok kita fikirkan lagi nanti.

Sebenarnya makin naik last semester ni patut makin tak busy, cuma mengadap assigment and memerlukan ulangkaji subjek dari sem 1 sampai laaaaaaaa sem 6, maklum la last sem ni subjek ada 3 je, sebab tak nak bagi stress dah katanya cuma banyakkan ulangkaji, peperiksaan yang menentukan jadi nurse U29 is LJM Lembaga Jururawat Malaysia bukan senang woooo. Tapi kalau cik hakak rajin study senang la jadinya kan ;).

Bila tengok gamba kat bawah, dengan meja study aku serabut,penuh dengan buku sebab nak buat assigment punya pasal,then dengan time table full. Sampai nak balas mesej orang tak sempat, tapi tak sempat tak de la rasa malu sangat bila nak dibandingkan mesej orang sampai typo such as eja tak betul, mesej tu tak cukup huruf sampai org tak faham then aku terpaksa taip balik. Tu kan dah buang kredit kalau mesej. Kalau whatsapp plak nak taip lagi pepanjang, kan dah buang masa namanya tuh.. Kadang pelik, menjadi tak sempat nak balas bila phone sunyi tak ada plak yang nak mesej, tapi bila aku busy, time tu la berderet-deret masuk mesej, so macam mana??? -_-

haiyaaaa... bukan time table kelas okey tapi keseluruhan aktiviti,masa,tempat, perkara, masa semua kena ada untuk aku tidak terlupa apa benda yang aku kena attend and buat. Kalau tengok time table aku, wokeyyyyyyy  korang akan feeling feeling tak nak tengok lagi dah "buku memori" aku sebab full, aku panggil buku memori sebab dia rajin ingat kan aku haha. Even phone pon ada tapi seronok lagi buku sebab ala ala Dato' yang busy giwtew "hakak kuat verangan memang mcm ni" and rasanya bila aku suruh korang ganti tempat aku pun, korang tak nak kot, ye la, mana nak study, mana nak attend meeting, mana nak attend programme, mana nak attend utk volunteer. Seriously, kadang otak jadi TING TONG then kadang O.K kadang K.O. Haaaaaaaaa tu lah jadi tittle tajuk tu. Bedal je la tajuk apa pun. 


one month dah banyak ni, bulan lain apa cita??




Sampai tido degan buku bukan kah perkara biasa?? huk huk ok kita sama.

Dalam entry ni akan menjadi panjang sebab aku nak share sepanjang dari bulan 11 sampai la bulan 12 ok, over tak? korang rasa nak baca tak? tak nak? tak nak boleh tekan pangkah kat sebelah kanan atas hunjung tu o.k?

Alhamdulillah aku diberi peluang menjadi ahli sukarelawan untuk program Jejak Tahfiz di KELANTAN, bersama dengan NGO iaitu Persatuan Kebajikan Tahfiz Kelantan (PEKETAK), walaupun aku tak la menjadi dermawan sebab aku hanya lah student yang tak mempunyai kewangan yang kuku "bukan tak de duit wokey,cuma tak kukuh" sebab masih belajar kan, atleast aku tolong dermawan yang memerlukan bantuan orang untuk membantu tahfiz yang tidak berkemampuan. Ini baru la betul Malaysia,bantu orang yang betul-betul memerlukan bukan bantu and sponsor orang yang dah cukup harta benda.. uppssss!!! ada yang terasa kah?? 

Ok rest kan otak kejap bersama picture then to be continue for reading.






tau kak mek lagi putih gebu yang asli even tanpa make up :)


Masjid Beijing,Kelantan 
*konon nak mention yang aku kat china but sebenanya tak pon 






Cik misi and Cik dietitian memberi health education dengan student tahfiz
then buat la pemeriksaan sikit :) FOC tau free of charge


shooting Jejak tahfiz








Seriously kalau korang pegi ke tempat yang indah ini sangat sedih, ye la tempat orang hafal Ayat suci Al-Quran kot better memang kena banyak dermawan membantu. Walaupun dorang tak cukup facilities tapi aman je duduk sini. Walaupun masa tido kepala tidak berbantal dan tilam then Al-quran hampir lusuh tapi dorang still diberi kekuatan untuk terus menghayati dan hafal al-Quran. Disudut hati kecil ini jelous dan rendah diri sangat pada Allah, seolah-olah macam aku yang tiada punya apa-apa. 'Ayat macam touching kan? but kalau korang pergi lagi korang touching'.

2 day's 1 night hari bermakna bagi aku untuk selalu bersyukur sebab Allah banyak bagi aku macam-macam anugerah, tapi itu pun aku still lagi mengeluh sebab tak cukup macam-macam. Haloo patutnya aku dicampak yang tempat macam ni biar aku bukak mata and reti syukur sikit. 
Yang best nya memang dapat belajar macam-macam. Yes how you want to be volunteer person. Halooo haloo haooo aku ingat senang je der. Ok sape pikir senang kita geng. Seriously benda ni sangat sangat sangt sangat mencabar wokeyyy.. Korang nak buat program ni kena ade orang yang banyak pengalaman, bukan setakat nak buat then mintak sana sini then habis macam tu saja, ohh memang salah la jawabnya.

So yang terlibat memang ramai antara salah satunya Artis volunteer iaitu mek klate  menjadi pengacara rancangan ni. Kak mek yang daripada DJ radio salam patai timur, turut bagi sokongan and menjadi pengacara volunteer yang free, lepas tu ada gak artis lama yang mengendalikan rakaman untuk ditayangkan bagi program JEJAK TAHFIZ episod 1, aku pun tak sure bila ditayangkan hoho maap!!.

Ahli Lipan Bara ----> ok ahli lipan bara ni adalah pemandu tapi mereka dikenali sebagai pilot2 yang membawa kami naik kenderaan 4X4 ke 6 pusat tahfiz yang betul2 memerlukan bantuan orang ramai, so kira konvoi la ni then ada 21 buah knderaan yang terlibat. Seronok la polis jaga jalan kiri kanan, konon nak verangan macam menteri la ceghitanyer. hoho. tak caya? nak tengok nih



Seterusnya yang terlibat jugak, ofcourse PEKETAK lah kan. Lagi Doktor2 perubatan, volunteer Pilot kapal terbang then pelajar dari kolej aku sendiri yuhuuu, and last mesti lah ada tahfiz2 yang dibantu. ohhhhhh tak lupa to Adrian and Robert, turut terlibat wokey. Ramai jugak penajasalah satunya iaitu dari tutti frutti,

Heyyy i still remember your name tau, because i interview you about culture in malaysia hik hik, Dorang sangat sporting bila aku ajak selfie,sampai terpaksa bergamba 2 kali gara-gara mereka terlalu tinggi dan aku terlalu tak cukup inci, then aku cakap dengan dorang, 'sorry, i'm so small' and dorang boleh gelak2 sambil berkata " hihihi its ok " 



Continue..................................